Isnin @ 2:32 PTG  0 stares
Isnin, Permulaan hari yang indah untuk cerita ke dua ni. Tak ada beza dua cerita ni. Kisah yang sama cuma berbeza isi cerita. Pernah kau resah sebab tak diterima. Pernah tak kau resah buah hati hilang esok lusa tanpa berita, pernah tak kau risau hidup tak bermaya tanpa cinta. Pernah, ok ini cerita dia.  Selalunya tak resah begini tak goyah hati aku ni. Tak ada angin tak ada ribut mana boleh pokok bergoyang. Haha apa pulak tak boleh, kuasa tuhan mana kita tahu. Macam tuh jugak aku, tak ada angin tak ada ribut kenapa pulak hati resah. Hahaha resah hadir bila sel sel berhubunng , apa pulak tak berhubung kalau aku ni asyk fikir apa seterusnya kita. Jadi resah jiwa aku. Takut. Gila tak takut aku pernah hilang kau sekali mana boleh aku rasa hilang untuk ke dua kali.
    Banyak aku cuba kali ni, dah macam perigi cari timba,. Apa lagi aku heran dgn pepatah tuh, sebab memang tujuan aku. Tapi aku rasa macam tak ada nilai dekat mata kau, tak ada kisah dekat diri kau, tak ada hati dekat jiwa kau. Aku bukan memandai teka tanpa usul periksa. Aku tak rasa kau rasa apa yang aku rasa. Apa lagi aku nak buat untuk kita. Apalagi aku nak buktikan agar kau percaya.
    Rela atau  redha, ia rumit bro. Semua tak sangup , samalah macam aku. Tapi belajar lah. Aku jugak kena belajar, sakit sikit lah. Tak boleh. Siapa je yang boleh. Dah cuba, jangan lah putus asa. Cuba lagi, dah penat,  tak apalah tunggu maut datang tiba. Hoi sadis gila. Habistuh nak sampai bila berduka. Cuba cerita . Yang diminta tak datang kunjung tiba kalau tuan punya badan tak hingin nak bersama kita. Baik kita hidup pura pura bahagia dari sakit di jiwa raga.
     Kadang kadang aku sendiri tak tahu, apa erti "kita" , satu pasangan cinta ataupun hanya sekadar teman mesra , ada dua jiwa tapi adakah satu hati dan cinta,  kadang kadang ungkapan cinta hanya satu kata yang tak adaamakna . Jaga hati lah konon tuh. Hahahah
 Apa je kau taktahu mari aku bgthu, biar semua isi hatiku kau tahu. Aku menunggu, dan kau yang kutunggu, jelas. (haidybella)